Saturday, April 26, 2008

WAKIL CALUN PR 12

Sehari selepas penamaan calun PilihanRaya ke 12 kedaiku didatangi seorang wakil calun(WC) yang ku kenali.Biasalah wakil calun parti memerintah dengan gah bertanyakan harga-harga barang untuk dipasang di bilik gerakan pilihanraya. Secara kebetulan Bilik Gerakannya tidaklah jauh dari kedaiku."Ji, I wakil calun ni, boleh tak dapat harga istemewa, ah you pun takkanlah tak sposer sikit kawan kita ni" kata wakil calun. Seperi biasa ku katakan kepadanya, seperti juga lain-lain pelanggan " Saya ni cari makan sikit-sikit, bukan berniaga besar, perniagaan runcit sahaja macam mana nak sponser" jawabku.

2. WC ni bertanya itu,ini dan membuat tempahan dan akhirnya bersetuju membeli peralatan-peralatan pejabat bernilai lebih kurang RM2,000.00. Semasa hendak membuat bayaran WC terus mendesak supaya aku mengurangkan harga sebagi sponser kepada calunnya, bertegang leher jugalah dan akhirnya aku mengalah. " OKlah less RM50.00" kataku. Apabila anakku hendak menulis resit WC terus berkata " Resit tu tulis harga penuh." Anakku bertanya kenapa pula nak tulis harga penuh kan abah saya dah sponser. Tanpa segan silu WC menyatakan bahawa janganlah jadi bodoh........anakku terpinga-pinga!

3. Selepas WC meninggalkan kedai kami pun berbincang panjang.....panjang