Monday, December 21, 2009

KEPERLUAN ASAS

Pak Lang,
H13/215 Desasiswa Permai,
University Sains Malaysia,
PULAU PINANG

23 DISEMBER 1998.


Encik AB,
Pasukan Petugas Khas PER (S/L),
Tkt 8 Wisma SESB,
88673 Kota KInabalu.

Ayahanda,

PERMOHONAN UNTUK KEPERLUAN ASAS.


Ayahanda, seperti nama diatas, ingin memohon beberapa keperluan asas anakanda untuk menjalankan kehidupan anakanda di University Sains Malaysia, P. Pinang.

2.Tujuan anakanda memohon keperluan asas ini kerana anakanda ingin melancarkan lagi pembelajaran, malahan kehidupan anakanda disini. Untuk pengetahuan ayahanda, anakanda telah berjaya mendapat kursus LKI 300, Kursus Bahasa Inggeris, yang telah anakanda mohon dahulu. Hanya beberapa pelajar diploma sahaja berjaya mengikutinya. Jika ayahanda lihat pada peta USM dan jadual kelas anakanda , ayahanda akan dapati yang anakanda terpaksa berjalan kakai sejauh 2 hingga 3 kilometer untuk kelas LKI, itu pada jam 7.30 pagi di bangunan D09 dan berjalan kaki semula ke kelas seterusnya. Jika ayahanda lihat di jadual kelas anakanda, kelas selepas kelas B.I ialah DSM 133 pada hari Isnin iaitu terletak di DP, iaitu Dewan Permai. Agak sukar untuk anakanda berjalan kaki sejayh 2 hingga 3 kilimeter dalam masa lebih kurang 10 minit. Ini mengakibatkan anakanda lewat sampai ke kelas

3. Anakanda amat, memerlukan kenderaan. Pertama pada bulan puasa yang mulia ini, untuk bergerak dari Masjid ke perpustakaan untuk mengulangkaji pembelajaran anakanda. Jika anakanda mempunyai ujian keesokan harinya, anakanda akan pergi ke perpustakaan selepas solat Maghrib di Masjid secepat mungkin untuk tidak membuang masa. Pada bulam puasa ini juga menyebebkan perjalanan anakanda ke kelas LKI anakanda lebih meletihkan. Ini kerana anakanda selalu bersarapan pagi dan membekalkan sebotol air sebelum bergerak ke kelas. Anakanda memerlukan kenderaan juga untuk anakanda bersahur pada bulan puasa ini. Untuk pengetahuan ayahanda, kantin di USM ini tidak dibuka pada pagi harinya iaitu jam 4.00 pagi, maka anakanda terpaksa bergerak keluar dari USM untuk bersahur. Selama ini anakanda hanya menumpang kenderaan rakan-rakan anakanda yang ingin bersahur. Jika tiada rakan anakanda yang ingin bersahur, anakanda hanya bersahur dengan roti dan biskut, yang tidak mengenyangkan anakanda yang kuat makan ini, dan menyebabkan anakanda tidak berapa sihat pada siang harinya.Namun anakanda tetap berpuasa, mahupun bila berbuka puasa, anakanda terpaksa menelan dua biji panadol untuk melegakan badan anakanda. Pada bulan puasa ini, anakanda terpaksa berbuka di masjid untuk mengekalkan perbelanjaan anakanda jika ia tidak seimbang. Anakanda perlu kenderaan untuk memudahkan anakanda bergerak ke masjid secepat mungkin selepas tamat kelas. Untuk pengetahuan ayahanda, juadah berbuka puasa di Masjid adalah terhad, oleh itu anakanda kena bergerak pantas ke masjid untuk mendapatkan tempat. Anakanda pernah terlewat sedikit dan hanya dapat berbuka puasa di masjid dengan hanya sebiji kurma dan segelas air jagung.

4 Oleh itu, anakanda amat memerlukan sebuah motosikal untuk mempercepatkan lagi perjalanan anakanda yang jauh dan berbukit ini. Sebolehnya anakanda memerlukan motosikal 150cc bukan saja untuk mempercepatkan lagi perjalanan anakanda, malahan memudahkan anakanda untuk pulang ke kampong dan tidak perlu menyimpannya di USM apabila tiba musim cuti.Dari pengalaman rakan anakanda yang pulang ke kampongnya di Johor menggunakan motosikal 110cc, motosikalnya mengalami kerosakan apabila sampai di USM kerana perjalanan yang jauh dan motorsikal yang digunakan berinjin kecil, walaupun rakan anakanda itu berhenti di beberapa perhentian di dalam perjalanannya.

5. Jika harga motosikal itu terlampau mahal, anakanda dapat mencari motosikal 150cc (second hand) di Pulau Pinang dengan harga RM5,000/- hingga RM7,000/- yang agak murah dari harga sebenar motorsikal itu, ia itu antara RM8,000/- hingga RM11,000-. Untuk pengetahuan ayahanda, anakanda tidak berjaya mendapatkan pinjaman MARA yang anakanda mohon satu ketika dahulu. Boleh dikatakan hampir semua pemohon berjaya kecuali anakanda. Antara faktor yang anakanda rasa menyebabkan permohonan anakanda ditolak ialah syaratnya pendapatan ibu bapa kurang dari RM50,000/- setahun. Anakanda menyangka pendapatan ayahanda dan ibunda kurang dari RM50,000/- setahun dengan melihat keadaan anakanda yang 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang', tetapi setelah anakanda melihat slip gaji ayahanda dan ibunda serta borang J, selepas anakanda menghantar borang permohonan terdahulu, anakanda pasti anakanda susah untuk permohonan anakanda diluluskan.

6.Salah satu lagi keperluan asas anakanda yang ingin dipohon ialah pakaian anakanda, iaitu kasut dan seluar jeans. Untuk pengetahuan ayahanda , seluat jeans anakanda yang selalu anakanda gunakan ke kuliah dicuri orang semasa ia berada di bilik anakanda. Kejadian kecurian seluar jeans dan kasut amat berluluasa berlaku di Desa anakanda. Roomate anakanda pula kehilanga jeans.Kasut dan jeans ini juga anakanda perlukan untuk menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi.

7.Anakanda amatlah berharap supaya permohonan anakanda diluluskan oleh ayahanda bukan sahaja untuk keperluan anakanda di sini, malahan untuk masa depan anakanda. Segala kerjasama ayahanda amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

Yang benar,

tt
(MSO)

*Permohonan pertama perlu perbincangan.
**Permohonan kedua boleh diluluskan. tt HI 24/12/98

Sunday, December 20, 2009

AZAM DAN CITA-CITA

Along,(Berumur 19 tahun)
Lot 19 Taman Delux Ph.2
Jalan Pahlawan, Kepayan,
88200 KOTA KINABALU, SABAH.

"Bahawa saya Along bermula pada 17 Dec 1992 berazam dan berjanji akan:
berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala bidang samada rohani, mental dan fizikal. Bagi menjadi manusia yang beriman dan berguna kepada agama bangsa dan negara.

Membantu keluarga jika telah bekerja kelak. Tidak melupakan mereka. Membalas jasanya yang telah memberi peluang saya menambah ilmu dengan cara yang sesuai mengikut masa saya telah habis belajar.

Mencurahkan ilmu dan amal yang telah diperoleh bagi membantu membina masyarakat yang maju dalam segala bidang.

Mengamalkan ilmu bagi menjaga dan mengharumkan nama bangsa dan negara.

Tidak melupakan Allah dan sentiasa menyempurnakan tugas yang diamanahkan oleh yang maha esa.

tt
17.12.1992

----------------------------------------------------------------------------------

Angah,(Berumur 20 tahun)
No 188 Tmn. Sinar Baru,
Lrg. Kenawai 7C,
88450 KOTA KINABALU,SABAH.

6.8.1994


1. Suka membantu kawan di dalam kesusahan/kesulitan.
2. Tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif.
3. Sentiasa menganggap sesuatu yang dibuat adalah mudah.
4. Cuba melakukan kerja sekemas yang boleh.
5. Cuba sedaya upaya untuk mematuhi arahan.

Kelemahan utama:

1. Selalu melakukan kerja di akhir masa.
2. Gugup apabila mendapat perhatian ramai walaupun ada keyakinan.
3. Selalu cuba untuk meyenangkan orang lain walaupun diri susah.
4. Susah untuk mengubah diri sendiri setelah mendapat motivasi baru.

Tindakan untuk diri:

1. mengubah diri untuk lebih memberi perhatian kepada sesuatu yang ingin dilakukan dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
2. Lebih yakin di masa hadapan untuk menghadapi cabaran.

Tindakan untuk keluarga:

1. Memastikan ibu dan ayah berpuas hati dengan pencapaian diri.
2. memastikan adik-adik mengikut jejak langkah saya dan tidak kecundang.

Memastikan saya beri kerjasama sepenuhnya untuk menghasilkan kerja terbaik di dalam sesuatu organisasi. Dan mengubah pandangan masyarakat dari yang negatif kepada positif.

Memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia tanpa terlalu memikirkan ganjaran yang akan diperolehi dan menaikkan nama negara melalui cara hidup yang ditunjukkan di negara asing.


tt

6/8/1994.


---------------------------------------------------------------------------------

Pak Lang,(Berumur 11 tahun)
Rumah KPD,
Jalam Changloon,
Jitra, Kedah.

10.12.1989

Saya bercita-cita untuk menjadi mekenik. Kerja mekenik ialah membaiki kenderaan seperti motosikal, kereta, lori dan lain-lain lagi. Mekenik memerlukan alat-alat pembaiki kenderaan. Mekenik juga memerlukan bengkel. Bengkel adalah tempat untuk membaiki kenderaan.

Saya bercita-cita untuk menjadi mekenik kerana saya suka membaiki permainan saya yang rosak. Pada masa lapang saya membaiki permainan yang rosak itu.

Keuntungan makenik terletak di tangan pelanggan

Kerja mekenik memerlukan kemahiran. Kemahiran itu ialah pelajaran. Untuk menjadi mekenik hendaklah mempunyai pelajaran yang tinggi. Mata pelajaran yang diperlukan untuk menjadi mekenik ialah matematik, sains dan lain-lain lagi. Saya mestilah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.



----------------------------------------------------------------------------------


Pak Lang,
Rumah Guru,
Sek.Men. Seri Mahawangsa,
Jitra.
28/8/92

Azam pada hari jadi saya: Semua orang mempunyai azam mereka masing-masin. Dan azam bapa saya ialah menyuruh saya membuat karangan "Azama saya pada harijadi saya".Azam saya dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu pertama keperluan, kedua kehendak dan ketiga ialah keupayaan.

Keperluan asa adalah penting kepada kita. Azam pertama saya iaitu keperluan ialah ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kerana apabila keputusan cemerlang saya dapat masuk Ke MRSM untuk melanjutkan pelajaran disitu. Disitu saya berazam untuk meneruskan pelajaran saya ke Pusat Matrikulasi dengan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Kemudian saya berazam melanjutkan pengajian saya ke Universiti dan disitu saya akan menjadi siswazah atau Mahasiswa mendapat Diloma dan Ijazah. Selepas itu saya berazam menjadi seorang yang berguna untuk negara.

Azam saya yang kedua ialah kehendak iaitu sesuatu yang diingini tetapi tidak penting. Azam saya itu ialah menjadi seorang Hartawan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menjadi seorang hartawan. Bila saya sudah menjadi hartawan nanti saya boleh membeli apa sahaja yang saya hendak beli. Selepas itu saya akan menderma kepada semua badan-badan kebajikan di Negeri Kedah,Sembilan, Trengganu dan Sabah. Saya juga akan memberi wang kepada ibubapa saya setiap minggu.

Dan azam terakhir saya iaitu keupayaan. Maksud keupayaan ialah kebolehan tersendiri. Azam saya yang ketiga berjaya di dalam sukan iaitu sukan badminton dan bola tampar. Saya berazam supaya saya berjaya mewakili sekolah pun cukuplah dalam antara sukan badminton atau bola tampar.

Walaupun azam saya terlau tinggi, namun saya berharap azam saya akan termakbur juga.



28/8/92.



---------------------------------------------------------------------------------

Mak Su,(Berumur 13 tahun)
No. 19 Jln. Ridgeview 4,
Tmn Ridgeview Phase 9,
88200 KOTA NKINABALU,SABAH.

28.1.1999

Cita-Cita saya.

Semua orang di dunia ini mempunyai cita-cita yg tersendiri. Saya sendiri mempunyai banyak cita-cita seperti angkasawan, profesor, doktor dan banyak lagi.

Cita-cita saya yg pertama ialah doktor. Saya memilih doktor bukan kerana ingin mengikut kakak-kakak saya tetapi saya memang berminat utk menjadi doktor. Doktor boleh menyelamatkan nyawa orang.

Doktor boleh membantu pesakit utk sembuh daripada penyakitnya. Pendek kata, doktor menaburkan banyak jasa kepada masyarakat dan juga negara. Tanpa doktor semua org pasti akan dilanda masalah penyakit yang teruk.

Saya dpt bayangkan apabila masa depan nanti saya menjadi doktor. Tentu saya tidak akan menghadapi masalah sebagaimana sekarang kerana sudah pasti pada masa akan dtg pelbagai cara perubatan dibantu oleh teknologi yg canggih.

Ibu bapa dan juga adik-beradik saya yg lain sangat berharap agar cita-cita saya menjadi kenyataan.Pelbagai cara sudah mereka lakukan untuk memberi semangat kpd saya.
Mereka sangat menggalakkan saya dgn membelikan saya mainan-mainan yg berupa alat doktor.

Saya tahu walaupun ia hanya mainan tetapi saya tetap menghargainya. saya juga berharap agar cita-cita saya utk menjadi doktor dpt menjadi kenyataan sebagaimana kakak-kakak saya.



29.1.1999


-------------------------------------------------------------------------------------


Najmi, (10+ tahun)
MT 2901 Jln Tmn Bandar Baru,
Masjid Tanah,
78300 Masjid Tnaha,
Melaka.

29.12.2009.


CITA-CITA SAYA.


Cita-cita saya adalah untuk menjadi guru Bahasa Inggeris. Saya hendak menjadi seorang guru kerana hendak memberi ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak kecil daipada darjah satu sehingga darjah enam. Saya juga ingin menjadi seorang guru untuk memberi kemahiran kepada semua pelajar untuk berbahasa Inggeris. Matapelajaran Bahasa Inggeris perlu dihafalkan untuk berkomunikasi dengan orang yang berada di luar negara. Jika kita memberi ilmu kepada orang lain, kita akan mendapat pahala. Kita perlulah mengetahui bahasa Inggeris untuk menyenangkan kita membaca buku Inggeris. Apabila saya sudah mahir saya akan menjadi guru Bahasa Inggeris. Apabila sudah tua, saya akan menjadi pengetua sekolah atau pensyarah seperti nenek.


------------------------------------------------------------------------------------



Jazmi,( 8+ tahun)
ST 1219 Jln Bidara Indah Utama,
Taman Bidara Indah,
78300 Masjid Tanah.
Melaka.

29.12.2009



CITA-CITA SAYA.


Maksud cita-cita ialah pekerjaan yang kita nak apabila sudah dewasa. Saya ada tiga cita-cita ialah doktor, guru dan kerja membuat komputer. Saua suka menjadi doktor kerana saya boleh merawat orang sakit. Suka menjadi doktor kerana mendapat cuit lebih. Saya hendak menjadi doktor kerana boleh mengajar orang akan menjadi sihat. Kalau saya menjadi guru saya akan mengajar murid-murid sehingga mereka pandai. Kalau muria-murid sangat nakal saya akan rotan dia. Kalau saya kerja membuat komputer saya membuat komkputer yang memakai tangan sahaja dan tulis pun sama.


---------------------------------------------------------------------------------

Hanif,( 7+ tahun)
MT 2901 Jln Taman Bandar Baru,
Masjid Tanah Utama,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

29.12.2009


CITA-CITA SAYA


Cita-cita saya nak jadi jurutera komputer. Kalau jadi jurutera komputer kita kena membuat sistem komputer yang palin hebat. Kita juga kena buat komputer dan membuat antivirus. Saya boleh buat server untuk tolong orang lain. Saya juga boleh membuat game. Saya juga boleh buka kedai komputer saya. Kalau saya dah kaya saya nak bagi semua duit saya saya nak bagi ke ibu bapa saya dan adik saya. Saya suka jadi jurutera komputer.

Thursday, November 5, 2009

DIARAH SARA IBU/BAPA SEPANJANG HAYAT

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini , semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39 tahun dan suaminya Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74 dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampong Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasab bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran ; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plantif pertama ( Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaran kawasa rumah serta RM250 kepada plantif ked ua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta mmerta" katanya dalam penghakiman ringkas kes iru.

Bagaimanapun, hanya Zuzali hadir ketika hakim membaca keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuannya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana sera Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002 Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plantif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plantif tinggal di rumah itu.-( BERITA HARIAN/ NASIONAL/ Khamis 5 November 2009 ms 3)

Sunday, October 4, 2009

SMS dari Seberang

SMS 1 April 2009 dari +6288145787... Yati "Asalammualaikum Bu ap kbr ya. Nenek ap kbr ya. Bu Yati pnjem mdl blh ga.Pnjem bka niage tpi tade mdl" SMS ini ditertima oleh +60123606....tel Ma.

(Selepas tu ba jawab +6014265..... bertanyakan nama penuhnya/alamat/ dan no paspot SMS ini telah terpadam- ba telah bincang dengan ma dan bersetuju memberi RM1,000.00 bukan pinjaman kerana kami ba/ma tahu Yati tak akan berupaya membayarnya, tetapi sebaliknya RM1k tu sebagai Zakat)

SMS 2. 16 April 2009 jam 17:16 dari +6288145787...Yati >Nama Supriati Alamat kampung Gorowong/Adiarasa RT03/RW...Krawang Jawa Barat No Pasport Ab 546....

SMS 3. 16 April 2009 jam 20:36 dari +6288145787...ke tel ba 014....Yati > Asalammulaikun pak ni Yati.Apa kbr keluarga di Mlasia. Pak Yati mau tnya yg mau mkirim bantuan bpk ya. Klau ya yati tertima kasih sblum ya. dan bile na kirim ya.

(Ke esokan 17 April 2009 ba hantar melalui Western Union RM1k bersamaan IDR2,848,393
dengan MTKN: 55030886032 =ba SMSkan no ini kepada Yati)

Apabila ba track WU ba dapati ia telah pick-up

17.April 2009 jam lebih kurang 2030+ Yati menalipon rumah mengatakan wang sudah diterima....terputus.

SMS 4 17 April 2009 jam 21:25 dari +6288145787... ke 014.....Yati> Pak maaf tdi lgi ckap smaa ibu abis plsa.

SMS 5. 17 April 2009 jam 21:29 dari 014.....ke +6288145787...> Ok kamu gunakan wang untuk perniagaan. kami doakan kamu berjaya"

(Awal Sept 2009 ada berlaku gempa di Jawa Barat Ba ada SMS Yati tanya kabar)

SMS 6 3 September 2009 jam 11:44 dari +62819066328...ke 014......Yati>Pak Yati sekelua sehat semua alhamdulilah dan sekarang Yati niage sayuran bapak bile mau datang ditunggu dan anak Yati mau ikut ke Malaysia insyawalla"( Ba jawab SMS ini bertanyakan umur anaknya)

SMS 7 3 September 2009 jam 13:09 dari +62819066328..ke 014.... Yati> Umurnya tujuh belas th boleh kan pak di Indon susah usaha (Ba jawab SMS ini dengan menyatakan umur 25th ke atas baru boleh bekerja di Malaysia)

SMS 8 10. September 2009 jam 12:07 dari +62819066328.. ke 014....Yati> Pak Yati menyesal kenapa tak ambil cuti niaga cukup makan aja mau pitrah aja gak bisa sedih bangat.

( Sebelum Yati balik pada 28hb. September 2008 Ba telah nasihatkan supaya permit kerjanya diperbaharui dan balik bercuti 2 bulan dan balik semula bekerja dengan gajinya akan dibayar RM500/sebulan tapi Yati berdegil kerana katanya ia boleh memulakan perniagaan dengan wang gaji yang dibawa balik)

SMS 9 21 September 2009 jam 16:51 dari +62819066328.. ke 014....Yati> Asalamualaikum pak ibu selamat hari ry mohon maaf lahir dan batin dan kpd semua kluarga yg ada di mlysia

SMS 10 21 September 2009 18:34 dari 014....ke +62819066328..."Tq kami ucapkan selamat HR semoga aman/damai sihat selalu.

SMS 11 24 September 2009 18:50 dari +62819066328...Yati>Pak bile nak ke bandung mampir ya pak yati ingin berobat yg urat waktu dlu gara2 ngangkat nenek yancek samp sekarang hanya berobat jln tapi terasa terus kty harus oprasi jadi tolong pak minta kebijaksanaan bapak sm ibu normah"

(Ba tak jawab kerana ini sudah cerita karut kerana dia jaga nenek Yan Chek tahun 2005/6)

SMS 12 28 November 2009 20:03 dari +6288145787...Yati>Slmualiakum pak ibu kenapa penyakit yati yg urat belakang tambah besar bengkaknya ya bu sekarang aja badan rasa demam terus harus gimana ya bu"


(Ba tak jawab/ kerana jawabannya ditangan yati sendiri untuk mengatasinya)