Friday, June 6, 2008

SURAT UNTOK RENONGAN 2

Drp. Ayahanda Bonda.
21.6.76 ithnin.


Ka-majlis semua:

Anakanda ail, Ba, ijah, Ka, suami isteri cucunda semua di-harapkan sehat dan selamat setiap masa. Alhamdullilah, semua keluarga di-kampong semasa ini sehat dan selamat.

Di-sini ayahanda Bonda nyatakan berterus terang kerana lebeh2 lagi bagi pehak Bonda kamu, tentu kamu semua paham kerana tanggong jawab se-orang ibu itu, bukan-nya hendak mengumpat sesiapa2, tetapi wajib-nya(tertentu) tidak boleh tidak bagi pehak ibu kamu, ia-lah Ayahanda, pahit mahong, berat rengan, sejarah ta'usah di-lupakan. dan jangan buat kacang lupakan kulit.

Kamu semua telah mewarisi pesaka ibu dan bapa, dan masing2 mengadap kenyata'an ini di-hadapan mata masing2, yang mana pertama kaseh sayang, Isteri dan suami tidak ada beza-nya jika ka'ada'an hidup ekonomi lumayan, sebalik-nya kaseh sayang ini berpindah tatkala bila mempunyai anak, dan seterus-nya bercucu, sabagaimana Ibu bapa kamu sekarang.

Allah ta'ala menjadikan maknusia ada-lah sebaik2 dan semulia kejadian dari yang lain-nya dari semua maklok yang ada di-muka bumi ini. Kaseh sayang yang di-katakan, antara ibu dan anak itu, nilai-nya jika-lah di-hadapkan sebuah gunong mas sakalipun di-serahkan kapada ibu tidak sama nilai-nya. Dari itu barang siapa yang cuba menentang atau meninggikan suara-nya terhadap ibu bapa-nya (lebeh2 ibu-nya) tidak ragu2-lagi ( jika tidak di-ma'afkan olih ibu-nya) sudah tentu Neraka jahanam tempat-nya sekira-nya mereka tidak meminta ma'af.

Ada cara-nya untok menegor ibu atau bapa itu, ia-lah dengan cara tertib dan berperaturan peri kemaknusiaan, kerana bukan-lah semua-nya orang tua2 itu betul, atau ibu bapa cara2-nya semua betul.

Kemajuan hidop hari ini, ada-lah chara-nya ber-pasang2 sabagai kita semua penganot ugama Islam, hendak-lah bersama2 menjunjong perintah Allah dan perintah kewajipan (Negara) mengikut tugas yang di-hadapi masing2, tetapi sebalik-nya pada hari ini kebanyakan maknusia, berlumba2 mencari kebenda'an (material) yng tidak kekal. Biasakan menziarahi orang mati, apa yang di-bawa-nya bersama2 kedalam kubor. Cuba-lah kita pakai kata2 orang yang bijak pandai, bekerja-lah kamu bersunggoh sa-olah2 kamu tidak akan mati, tetapi beramal-lah kamu sa-olah2 mati-nya esok hari.

Di-sini suka ayahanda nyatakan, dan kerap kali di-ingatkan ada-lah sifat maknusia yang cukop sipat-nya, tidak mahu tidak rela, mahu hidop hina, peminta sedekah, satelah di-ushakan bersunggoh2, dan jangan lupa ketohanan, RAZKI, AJAL MAUT, JODOH PERTEMUAN, PENCERIAN kalau berlaku antara-nya, bukan kehendak maknusia.

Di-pahamkan, ada-lah En. Kamarudin beserta isteri dengan 2 anak-nya berumor 6th (P) 4th lelaki itu dengan sukarela telah menyatakan kpd Ayah Bonda di-rumah pada 1/5/76 yang lalu mengaku emak angkat dan bapak angkat mereka semua telah di-perkenalkan saudara Di-Len dan Pak Lang Salim kamu Melaka Pin (Jadi sekarang dengan sendiri-nya kamu semua bersaudara angkat mereka semua, dan mereka belom jumpa Ba suami isteri lagi, yang mana anakanda faham mereka bekerja sendiri ahli perniaga'an bertempat di- No.. Jln. University P/J Tlpn. 7..1864K/L. Antara 2/5/76 hingga akhir bulan 28/5/76 Adinda Be kamu berulang balik ka- K/Lumpor ka-Pejabat En Kamarudin menguruskan pekerjaan, pergi balik dengan taxi khas dari M.T, pergi balik sewa2 ditanggong-nya. Satu masa ayahanda telah di-jemput dan berunding antara mereka Chek Kamarudin suami isteri dan ayahanda bersama Besah, Mahyudin maseh menjalankan kerja-nya saperti biasa.

Yang mana di-pahamkan mereka semua Enchik Kamarudin ada adek beradek, ibu bapa, Isteri-nya Chek Fatimah ada berkelurga di-Singapura, sapatut-nya mereka ini mengadu kepada keluarga masing2 tetapi nampak-nya lari keluar, minta berunding dan minta buah fikiran dari Ayahanda, yang mana semasa itu perniaga'an Enchik Kamarudin telah merusut, di-sebabkan penyeliwengan orang yang sangat2 di-hrapi-nya munkin anakanda ail tahu siapa dia orang-nya itu, tetapi perkara ini di-lupakan dan pehak D EGENCY telah di-istiharkan akan di-kemukakan di Mahkamah pada ../5/76 tuntutan drp pehak sabuah Bank Francis menuntut wang pinjaman yang telah di-pinjam sabanyak $180,000 satu ratus lapan puloh ribu ringgit, telah tidak berbayar selama setahun. Oleh sebab mereka di-wakili sa-orang Peguam Bangsa Sikh pada hari tersebut Peguam itu tidak hadir di-Mahkamah tinggi untok mendengar keputusan Hakim, yang mana Chek Kamarudin telah bersedia memberi tahu peguam-nya buat masa sekarang perniagaan mula berjaln bahru 2 bulan ini, dia bersetuju membayar sabulan sabanyak $2,500/= tetapi sebalik-nya oleh sebab Peguam-nya tidak hadir di-Mahkamah, maka dia ( Chik Kamarudin telah di-Panggil di-Mahkamah tinggi) semasa itu Ayahanda , Be ada di-sini bersama2.

Sebalik drp Mahkamah jam 12/30 ptg ../5/76 masa itu-lah berunding Chek Kamarudin sukahati dan isteri-nya mendaftarkan perniaga'an yang sedang berjalan ini ( DBA AGENCE) di-atas nama Bedah beralamat di Jalan Bt Pantai di-Sabuah kedai kan Che Kamarudin, hari itu telah mengeluarkan barang2 stock berharga kira2 $15/000 alat2 perkakas pejabat tempat menjalankan perniagaan yang sedia ada tidak di-keluarkan, kerana perniaga'an sedang baik berjalan sekarang jangan terjejas,di-atas nama Che Kamarudin itu telah di-terpkan Bankerapan (lihat potongan surat khabar The Malay Mail ../5/76 itu)

Perkara Pejabat tempat menjalankan perniagaan itu ia-lah di-sewa dari sa-orang India sabanyak $400/ satu bulan, di-atas nama Chik Kamarudin jua, dari itu segala urusan perniagaan wang keluar masok yang berjalan sekarang di-atas nama Be mengeluarkan wang juga check di-tanda tangan Be sendiri. Kerana mustahak-nya pergi balik tiap2 minggu pergi balikitu, memakai belanja banyak buang masa di-jalan, ayahanda cadangkan sabuah bilik untok Be tinggal di-pejabat itu, dan din di-nyatakan dia bekerja di-Melaka bergaji $180/- kenyata'an Chek Kamarudin itu dia bersetuju mengambil Din membantu tugas2-nya dan memimpin untok masa depan-nya jika dia berusaha bersunggoh2, maka sebab itu dengan masa yang di-tetapkan 27.5.76 Din telah Notis 24 jam telah bersama2 bekerja di-tempat tersebut, sabagaimana rumah di-alamat tersebut telah di-dantikan pada nama Din sendiri, pendek kata urusan perniagaan di-jalankan sapertiasa olih Enchik Kamarudin suami isteri dan Be Suami Isteri mereka tinggal satempat dan masak makan bersama2.

Kenyataan Che Kamarudin suami isteri, bercakap di-rumah kita pada hari ini belom lagi dia memberi keputusan kerana perniagaan sedang mula berjalan.

Pada permulaan-nya ayahanda bersama2 Cik Kamarudin sa-orang Doktor Indonesia yang hampir tamat pengajian-nya datang berjalan minggu ini 20/6/76 di-rumah kita bersama Pak Lang Salim kamu telah pergi ka- Air Kroh Hight (Bandar Baru Kroh) Melaka telah Chek Kamarudin telah menyatakan 2 buah rumah kedai barisan pertama No. .... telah beli-nya di-atas nama Be juga. Pak Doktor bersama2 telah makan tengah hari di-rumah dan Be Din zim Che Kamarudin sabelah petang semua balik ka-K/Lumpor ini-lah berita keluarga kamu sedang bejalan untok hidop jika di-izinkan olih Allah ta'ala.

Di-sudahi Wasalam semua. Di-pahamkan ada-lah perhubongan antara enchik Kamarudin ini dengan Din ada pertalian darah, bersangkut paut ( Bersaudara kuat) kerana cara kebetulan atu masa mereka semua pergi ka-Tg Malim telah berjumpa Che Mustafa Bapak saudara din itu telah berkenalan antara semua-nya.

tt
27/6/76

------------------------------------------------------------------------------------------------

SURAT DARI HATI KE HATI
------------------------------

Ail
83, Bukit Kerajaan,
Kuala Kangsar.
30hb. Jun, 1976.


Kemajlis yang di kasehi ayahanda dan bonda.

Surat ayahanda bertarikh 21 JUN 76 telah diterima dan faham isi kandongannya. Segala nasihat ayahanda insyallah anakanda akan turuti.

Anakanda menuntut ribuan ampun dan maaf dari dunia hingga keakhirat kepada ayahanda dan bonda, andainya kekasaran sikap anakanda dalam mengeluarkan tutur kata tempoh bulan dahulu boleh menyebabkan rasa berkecikhati hingga berlarutan. Ini bukanlah tujuan dan kemahuan anakanda berbuat demikian kalau tidak bersebab, tetapi apa boleh buat anakanda anak yang tua - mahu melihat semua adek beradek dan keluarga di kampong hidup bahagia dan gembira! Tetapi impian yang anakanda harapkan itu amat pudar sekali.
Ini juga agaknya kerana celaka badan anakanda yang suka mengambil tahu dan campur tangan dalam sesuatu perkara keluarga, walaupun dengan niat yang baik. Anakanda berjanji terutama sekali kepada bonda yang di kasehi, sikap kekasaran dan menggila anakanda itu tidak akan anakanda lakukan lagi buat selama-lamanya. Anakanda baru sedar bahaw akhidmat bakti dan ikhlas yang selama ini anakanda curahkan demi untok kebahagian keluarga di kampong nampaknya di tenggelami dengan kesilapan anakanda sendiri yang bersikap gila itu agaknya. Munkin juga sifat anakanda semula jadi yang tidak pandai memuji, berdolak dalek atau mengumpat dibelakang. Pada anakanda apa yang difikirkan tidak betul, anakanda akan hamborkan. Munkin anakanda tidak pandai bermadah agaknya. Anakanda menjadi gila kerana sesuatu keadaan yang kurang menyenagkan mata dan pendengaran anakanda bila kembali ke kampong melihat sesuatu kenyataan dan perkembangan.

Ayahanda, anakanda tidak membuat sebarang komen diatas perkembangan yang sedang dirasai oleh dinda Be dan suaminya diatas apa yang dianggapkan sebagai tuah datang menggolek itu. beserta pula apa yang dinamakan jasa baik Encik Kamaruddin dan isterinya dalam perusahaan perniagaan itu. Anakanda hanya turut bergembira andainya mereka berjaya dalam membangun kehidupannya itu. Tetapi sekiranya berlaku sesuatu yang telah anakanda tuga, anakanda hanya menumpang berdukacita yang amat sangat. Anakanda ada berita munkin ayahanda akan mengetahui kelak lamabt laun. Untok makluman ayahanda Encik Mustaffa, bapa saudara Din secara tidak sengaja agaknya ada menemui anakanda pada 26 JUN 76 petang dan ada juga ceritanya tentang kedatangan Din di rumahnya di Tanjong Malim bersama Encik Kamaruddin. Banyak cerita yang diceritakan pula oleh Encik Mustaffa biarlah cerita-cerita ini menjadi ukuran anakanda untok sementara ini.

Anakanda harap jagailah kebun getah di Solok Ayer Puteh itu baik-baik dan sebahagian hasilnya itu gunakanlah untok membersehkan serta membaja kebun di Solok Ayer Puteh dan Le, dan selebeh wang hasil kebun itu pergunakanlah untok membantu perbelanjaan sekolah adek-adek di rumah. Sekira ayahanda memerlukan wang untok kegunaan kebun itu harap beritahu anakanda.

Sekian, wasallam dan maaf. Salam mesra dari anakanda sekeluarga!


Anakanda,
tt


Salinan kepada:

Dinda Man...........................untuk renugan.
Dinda Ka.........................untuk renugan.

Nota (tulisan tangan):

Dinda Man & Chah,

Munkin adinda dah terima surat ayahanda yang panjang lebar itu. Nampaknya ayahanda bonda dikampong lekas sangat memberi kepercayaan kepada orang yang mahu menjadi bapa & emak angkat, Ayahanda telah lupa bahawa manusia sekarang berbagai cara untok hidup dan menggunakan nama dan sebagainya. Kanda sudah bosan akan perkara ini. Satu cara hidup ialah dengan cara "menipu" peringkat antara bangsa. Barangkali Ayahanda tidak teringat bahawa Bed telah dijadikan alat. Kanda tidak akan ambil pusing lagi dan memperdulikan. Masing-masing jaga periok nasi. Kalau jadi apa-apa mereka jawablah. tt 30/6.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Be Ibrahim
AL, Melaka.

Kanda Ba dan keluarga semua dengan selamat-nya. Pehak keluarga di-kampong sehat2 sahaja.

Di-malumkan bersama ini di-sertakan dua salinan surat yang mana telah adinda selesaikan dengan terator kepada mereka yang berkenaan.

Sekian di-malumkan.

Wasalam.


Yang bebar,

tt.
12/8/76


SALINAN SURAT


Din bin Abd.Hamid,
AL,M.Tanah, Melaka.
12hb. Ogos 1976.

Tuan,
Kamaruddin Dato Abdul Majid,
N0,...Jalan Universiti,
Petaling Jaya,
Selangor.

Tuan,

Per: Pinjaman Nama di-atas rumah,
No,... Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor
-----------------------------------------------

Saya yang beralamat tersebut di-atas, dengan dukacita-nya memaklumkan kapada tuan, dari tarikh surat ini di-buat pehak tuan di-kehendaki bersedia mencari ganti secepat munkin, di-atas perkara tersebut di-atas.

Saya bersetuju memberi tempoh 14 hari dari surat ini di-buat untok persediaan pehak tuan melaksanakan-nya.
Sa-lepas dari masa yang di-tentukan jika tidak dapat mendapat penjelasan dari pehak tuan, saya akan berhubong terus dengan pehak tuan rumah. Sekian di-maklumkan. Terima kaseh.

Yang benar,
tt.

sk.

1.Ail Ibrahim, 3.Man Ibrahim.
IPP CK. Kuala Trengganu.
Kuala Kangsar, Perak

2.Salim Mat A 4.Ka Ibrahim,
IPP CK Kuala Lumpur.
Melaka


SALINAN

Be binti Ibrahim,
AL M.Tanah, Melaka.
12hb. Ogos, 1976.

Tuan,
Kamaruddin Dato Abdul Majid,
No....Jalan Universiti,
Petaling Jaya,
Selangor.

Tuan,

Perara : Pinjam Nama.
----------------------

Saya yang beralamat tersebut di-atas dengan dukacita-nya memaklumkan kapada tuan, dari tarikh surat ini di-buat pehak tuan di-kehendaki bersedia mencari gnti seberapa cepat, untok perkara2 yang tersebut di-bawah:

a) Pendaftaran Di... Agencies.
b) Account Bank.
c) Talipon Pejabat.
d) Rumah di Air Kroh
e) Talivisen di-Rumah No...,Jalan Universiti.

Saya bersetuju memberi tempoh 14 hari dari surat ini di-buat untok melaksanakan segala hal yang berkenaan di-atas.
Segala perbincangan berkenaan perkara yang di-atas tidak akan di-adakan.

Sekian di-malumkan. Terima Kaseh.

Yang Benar,
tt

s.k.
1. Ail Ibrahim.
IPP CK
Kuala Kangsar.

2. Salim Mat A
IPP CK
Melaka.

3.Man Ibrahim
Kuala Trengganu.

4.Ka Ibrahim
Kuala Lumpur

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Drd. Ayahanda Bonda.
23hb.August 1976. Isnin.

Bismillah.

Ka-hadapan Anakanda Ail, Ba, Ka, suami isteri serta cucunda sekalian di-beri allah satiap waktu sehat dan selamat.Alhamdullilah.

Perjalanan pulang dari Kuala Kangsar tanggal 18.8.76 itu telah sampai di-Kuala Lumpur singgah di-Kg Cempedak Sentul Pasar mengabil bonda kamu, bawa balik ke Melaka beserta Mak Chik Nyum kamu ikut serta keranaa dia sendiri jua bercadang hendak berubat dengan Datok Yoke Lin kamu, kerana penyakit-nya.

Pada jam 5.30 ptg hari itu selamat sampai semua-nya di-rumah, sabelah malam-nya salepas makan malam, ayahanda telah menyampaikan pesanan dari anakanda Ismail kepada Be suami isteri, disaksikan Ijah, Makchik Nyum ada mendengar serta Bonda kamu,dan adek2 kamu semua.

Mereka telah membagi keputusan bersetuju berpindah ka-rumah Le yang telah di-rancangkan awal2 lagi.

Pada jam 11.20 pagi 23.8.76 mereka telah berpindah ka-Le telah di-sewakan sabuah Lory dari M.T sekian untok-nya.

Rumah di-Le ini ware api sudah berpasang, tinggal untok kontrek memasokkan kedalam rumah masing2 sahaja, sebab bercanggah pendapat kontrek2 untok hendak mengambil tender.

Tentang pekerjaan Din hari ini Pak Lang Salim kamu, bercadang mengikut Pak Chik Nordin kamu menguruskan pendaftaran kontrek clas rendah.

Ini ada di-kelatkan salinan surat2 yang di-hantar drp En. Kamarudin, sebagaimana salinan yang ayahanda bagikan itu, tujuan-nya dia ada mengambil berat, tempoh dia minta datang pada 23.8.76 jam 2.00 ptg telah tidak dipersetujui, dan di-undurkan pada 30.8.76 cuba fikirkan nampaknya dia sangat bersetuju melepaskan, dia fikir pehak Be tidak membuat apa2 tuntutan memindah nama-nya kepada lain orang.

Sekarang bagaimana ayahanda nyatakan tidak mahu langsung berhubong dengan mereka yang tersebut, dan cara yang baik kita juga hendak melepaskan-nya harap segera beri tahu Pada Ayahanda dalam hal ini.

Sekian di-sudahi wasalam semua.

Ayahanda,
tt

Ingatan,
Para 4 salinan surat dari En. Kamarudin di-kirimkan pada kanda ail kamu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

AB said...

Baca dan teliti kandungan surat-surat tersebut, tak sampai 4 bulan apa yang dijangkakan belaku, akhirnya berlaku juga. Oleh itu ingatlah jangan sekali-kali terpedaya dengan janji manis ie. mengaku saudara, boleh memberi keuntungan/kekayaan dan seumpamanya DENGAN SERTA MERTA kerana ini adalah penipuan. KEUNTUNGAN/KEKAYAAN TIDAK DATANG MENGOLEK.