Monday, December 21, 2009

KEPERLUAN ASAS

Pak Lang,
H13/215 Desasiswa Permai,
University Sains Malaysia,
PULAU PINANG

23 DISEMBER 1998.


Encik AB,
Pasukan Petugas Khas PER (S/L),
Tkt 8 Wisma SESB,
88673 Kota KInabalu.

Ayahanda,

PERMOHONAN UNTUK KEPERLUAN ASAS.


Ayahanda, seperti nama diatas, ingin memohon beberapa keperluan asas anakanda untuk menjalankan kehidupan anakanda di University Sains Malaysia, P. Pinang.

2.Tujuan anakanda memohon keperluan asas ini kerana anakanda ingin melancarkan lagi pembelajaran, malahan kehidupan anakanda disini. Untuk pengetahuan ayahanda, anakanda telah berjaya mendapat kursus LKI 300, Kursus Bahasa Inggeris, yang telah anakanda mohon dahulu. Hanya beberapa pelajar diploma sahaja berjaya mengikutinya. Jika ayahanda lihat pada peta USM dan jadual kelas anakanda , ayahanda akan dapati yang anakanda terpaksa berjalan kakai sejauh 2 hingga 3 kilometer untuk kelas LKI, itu pada jam 7.30 pagi di bangunan D09 dan berjalan kaki semula ke kelas seterusnya. Jika ayahanda lihat di jadual kelas anakanda, kelas selepas kelas B.I ialah DSM 133 pada hari Isnin iaitu terletak di DP, iaitu Dewan Permai. Agak sukar untuk anakanda berjalan kaki sejayh 2 hingga 3 kilimeter dalam masa lebih kurang 10 minit. Ini mengakibatkan anakanda lewat sampai ke kelas

3. Anakanda amat, memerlukan kenderaan. Pertama pada bulan puasa yang mulia ini, untuk bergerak dari Masjid ke perpustakaan untuk mengulangkaji pembelajaran anakanda. Jika anakanda mempunyai ujian keesokan harinya, anakanda akan pergi ke perpustakaan selepas solat Maghrib di Masjid secepat mungkin untuk tidak membuang masa. Pada bulam puasa ini juga menyebebkan perjalanan anakanda ke kelas LKI anakanda lebih meletihkan. Ini kerana anakanda selalu bersarapan pagi dan membekalkan sebotol air sebelum bergerak ke kelas. Anakanda memerlukan kenderaan juga untuk anakanda bersahur pada bulan puasa ini. Untuk pengetahuan ayahanda, kantin di USM ini tidak dibuka pada pagi harinya iaitu jam 4.00 pagi, maka anakanda terpaksa bergerak keluar dari USM untuk bersahur. Selama ini anakanda hanya menumpang kenderaan rakan-rakan anakanda yang ingin bersahur. Jika tiada rakan anakanda yang ingin bersahur, anakanda hanya bersahur dengan roti dan biskut, yang tidak mengenyangkan anakanda yang kuat makan ini, dan menyebabkan anakanda tidak berapa sihat pada siang harinya.Namun anakanda tetap berpuasa, mahupun bila berbuka puasa, anakanda terpaksa menelan dua biji panadol untuk melegakan badan anakanda. Pada bulan puasa ini, anakanda terpaksa berbuka di masjid untuk mengekalkan perbelanjaan anakanda jika ia tidak seimbang. Anakanda perlu kenderaan untuk memudahkan anakanda bergerak ke masjid secepat mungkin selepas tamat kelas. Untuk pengetahuan ayahanda, juadah berbuka puasa di Masjid adalah terhad, oleh itu anakanda kena bergerak pantas ke masjid untuk mendapatkan tempat. Anakanda pernah terlewat sedikit dan hanya dapat berbuka puasa di masjid dengan hanya sebiji kurma dan segelas air jagung.

4 Oleh itu, anakanda amat memerlukan sebuah motosikal untuk mempercepatkan lagi perjalanan anakanda yang jauh dan berbukit ini. Sebolehnya anakanda memerlukan motosikal 150cc bukan saja untuk mempercepatkan lagi perjalanan anakanda, malahan memudahkan anakanda untuk pulang ke kampong dan tidak perlu menyimpannya di USM apabila tiba musim cuti.Dari pengalaman rakan anakanda yang pulang ke kampongnya di Johor menggunakan motosikal 110cc, motosikalnya mengalami kerosakan apabila sampai di USM kerana perjalanan yang jauh dan motorsikal yang digunakan berinjin kecil, walaupun rakan anakanda itu berhenti di beberapa perhentian di dalam perjalanannya.

5. Jika harga motosikal itu terlampau mahal, anakanda dapat mencari motosikal 150cc (second hand) di Pulau Pinang dengan harga RM5,000/- hingga RM7,000/- yang agak murah dari harga sebenar motorsikal itu, ia itu antara RM8,000/- hingga RM11,000-. Untuk pengetahuan ayahanda, anakanda tidak berjaya mendapatkan pinjaman MARA yang anakanda mohon satu ketika dahulu. Boleh dikatakan hampir semua pemohon berjaya kecuali anakanda. Antara faktor yang anakanda rasa menyebabkan permohonan anakanda ditolak ialah syaratnya pendapatan ibu bapa kurang dari RM50,000/- setahun. Anakanda menyangka pendapatan ayahanda dan ibunda kurang dari RM50,000/- setahun dengan melihat keadaan anakanda yang 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang', tetapi setelah anakanda melihat slip gaji ayahanda dan ibunda serta borang J, selepas anakanda menghantar borang permohonan terdahulu, anakanda pasti anakanda susah untuk permohonan anakanda diluluskan.

6.Salah satu lagi keperluan asas anakanda yang ingin dipohon ialah pakaian anakanda, iaitu kasut dan seluar jeans. Untuk pengetahuan ayahanda , seluat jeans anakanda yang selalu anakanda gunakan ke kuliah dicuri orang semasa ia berada di bilik anakanda. Kejadian kecurian seluar jeans dan kasut amat berluluasa berlaku di Desa anakanda. Roomate anakanda pula kehilanga jeans.Kasut dan jeans ini juga anakanda perlukan untuk menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi.

7.Anakanda amatlah berharap supaya permohonan anakanda diluluskan oleh ayahanda bukan sahaja untuk keperluan anakanda di sini, malahan untuk masa depan anakanda. Segala kerjasama ayahanda amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

Yang benar,

tt
(MSO)

*Permohonan pertama perlu perbincangan.
**Permohonan kedua boleh diluluskan. tt HI 24/12/98

No comments: