Sunday, December 20, 2009

AZAM DAN CITA-CITA

Along,(Berumur 19 tahun)
Lot 19 Taman Delux Ph.2
Jalan Pahlawan, Kepayan,
88200 KOTA KINABALU, SABAH.

"Bahawa saya Along bermula pada 17 Dec 1992 berazam dan berjanji akan:
berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala bidang samada rohani, mental dan fizikal. Bagi menjadi manusia yang beriman dan berguna kepada agama bangsa dan negara.

Membantu keluarga jika telah bekerja kelak. Tidak melupakan mereka. Membalas jasanya yang telah memberi peluang saya menambah ilmu dengan cara yang sesuai mengikut masa saya telah habis belajar.

Mencurahkan ilmu dan amal yang telah diperoleh bagi membantu membina masyarakat yang maju dalam segala bidang.

Mengamalkan ilmu bagi menjaga dan mengharumkan nama bangsa dan negara.

Tidak melupakan Allah dan sentiasa menyempurnakan tugas yang diamanahkan oleh yang maha esa.

tt
17.12.1992

----------------------------------------------------------------------------------

Angah,(Berumur 20 tahun)
No 188 Tmn. Sinar Baru,
Lrg. Kenawai 7C,
88450 KOTA KINABALU,SABAH.

6.8.1994


1. Suka membantu kawan di dalam kesusahan/kesulitan.
2. Tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif.
3. Sentiasa menganggap sesuatu yang dibuat adalah mudah.
4. Cuba melakukan kerja sekemas yang boleh.
5. Cuba sedaya upaya untuk mematuhi arahan.

Kelemahan utama:

1. Selalu melakukan kerja di akhir masa.
2. Gugup apabila mendapat perhatian ramai walaupun ada keyakinan.
3. Selalu cuba untuk meyenangkan orang lain walaupun diri susah.
4. Susah untuk mengubah diri sendiri setelah mendapat motivasi baru.

Tindakan untuk diri:

1. mengubah diri untuk lebih memberi perhatian kepada sesuatu yang ingin dilakukan dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
2. Lebih yakin di masa hadapan untuk menghadapi cabaran.

Tindakan untuk keluarga:

1. Memastikan ibu dan ayah berpuas hati dengan pencapaian diri.
2. memastikan adik-adik mengikut jejak langkah saya dan tidak kecundang.

Memastikan saya beri kerjasama sepenuhnya untuk menghasilkan kerja terbaik di dalam sesuatu organisasi. Dan mengubah pandangan masyarakat dari yang negatif kepada positif.

Memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia tanpa terlalu memikirkan ganjaran yang akan diperolehi dan menaikkan nama negara melalui cara hidup yang ditunjukkan di negara asing.


tt

6/8/1994.


---------------------------------------------------------------------------------

Pak Lang,(Berumur 11 tahun)
Rumah KPD,
Jalam Changloon,
Jitra, Kedah.

10.12.1989

Saya bercita-cita untuk menjadi mekenik. Kerja mekenik ialah membaiki kenderaan seperti motosikal, kereta, lori dan lain-lain lagi. Mekenik memerlukan alat-alat pembaiki kenderaan. Mekenik juga memerlukan bengkel. Bengkel adalah tempat untuk membaiki kenderaan.

Saya bercita-cita untuk menjadi mekenik kerana saya suka membaiki permainan saya yang rosak. Pada masa lapang saya membaiki permainan yang rosak itu.

Keuntungan makenik terletak di tangan pelanggan

Kerja mekenik memerlukan kemahiran. Kemahiran itu ialah pelajaran. Untuk menjadi mekenik hendaklah mempunyai pelajaran yang tinggi. Mata pelajaran yang diperlukan untuk menjadi mekenik ialah matematik, sains dan lain-lain lagi. Saya mestilah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.



----------------------------------------------------------------------------------


Pak Lang,
Rumah Guru,
Sek.Men. Seri Mahawangsa,
Jitra.
28/8/92

Azam pada hari jadi saya: Semua orang mempunyai azam mereka masing-masin. Dan azam bapa saya ialah menyuruh saya membuat karangan "Azama saya pada harijadi saya".Azam saya dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu pertama keperluan, kedua kehendak dan ketiga ialah keupayaan.

Keperluan asa adalah penting kepada kita. Azam pertama saya iaitu keperluan ialah ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kerana apabila keputusan cemerlang saya dapat masuk Ke MRSM untuk melanjutkan pelajaran disitu. Disitu saya berazam untuk meneruskan pelajaran saya ke Pusat Matrikulasi dengan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Kemudian saya berazam melanjutkan pengajian saya ke Universiti dan disitu saya akan menjadi siswazah atau Mahasiswa mendapat Diloma dan Ijazah. Selepas itu saya berazam menjadi seorang yang berguna untuk negara.

Azam saya yang kedua ialah kehendak iaitu sesuatu yang diingini tetapi tidak penting. Azam saya itu ialah menjadi seorang Hartawan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menjadi seorang hartawan. Bila saya sudah menjadi hartawan nanti saya boleh membeli apa sahaja yang saya hendak beli. Selepas itu saya akan menderma kepada semua badan-badan kebajikan di Negeri Kedah,Sembilan, Trengganu dan Sabah. Saya juga akan memberi wang kepada ibubapa saya setiap minggu.

Dan azam terakhir saya iaitu keupayaan. Maksud keupayaan ialah kebolehan tersendiri. Azam saya yang ketiga berjaya di dalam sukan iaitu sukan badminton dan bola tampar. Saya berazam supaya saya berjaya mewakili sekolah pun cukuplah dalam antara sukan badminton atau bola tampar.

Walaupun azam saya terlau tinggi, namun saya berharap azam saya akan termakbur juga.



28/8/92.



---------------------------------------------------------------------------------

Mak Su,(Berumur 13 tahun)
No. 19 Jln. Ridgeview 4,
Tmn Ridgeview Phase 9,
88200 KOTA NKINABALU,SABAH.

28.1.1999

Cita-Cita saya.

Semua orang di dunia ini mempunyai cita-cita yg tersendiri. Saya sendiri mempunyai banyak cita-cita seperti angkasawan, profesor, doktor dan banyak lagi.

Cita-cita saya yg pertama ialah doktor. Saya memilih doktor bukan kerana ingin mengikut kakak-kakak saya tetapi saya memang berminat utk menjadi doktor. Doktor boleh menyelamatkan nyawa orang.

Doktor boleh membantu pesakit utk sembuh daripada penyakitnya. Pendek kata, doktor menaburkan banyak jasa kepada masyarakat dan juga negara. Tanpa doktor semua org pasti akan dilanda masalah penyakit yang teruk.

Saya dpt bayangkan apabila masa depan nanti saya menjadi doktor. Tentu saya tidak akan menghadapi masalah sebagaimana sekarang kerana sudah pasti pada masa akan dtg pelbagai cara perubatan dibantu oleh teknologi yg canggih.

Ibu bapa dan juga adik-beradik saya yg lain sangat berharap agar cita-cita saya menjadi kenyataan.Pelbagai cara sudah mereka lakukan untuk memberi semangat kpd saya.
Mereka sangat menggalakkan saya dgn membelikan saya mainan-mainan yg berupa alat doktor.

Saya tahu walaupun ia hanya mainan tetapi saya tetap menghargainya. saya juga berharap agar cita-cita saya utk menjadi doktor dpt menjadi kenyataan sebagaimana kakak-kakak saya.



29.1.1999


-------------------------------------------------------------------------------------


Najmi, (10+ tahun)
MT 2901 Jln Tmn Bandar Baru,
Masjid Tanah,
78300 Masjid Tnaha,
Melaka.

29.12.2009.


CITA-CITA SAYA.


Cita-cita saya adalah untuk menjadi guru Bahasa Inggeris. Saya hendak menjadi seorang guru kerana hendak memberi ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak kecil daipada darjah satu sehingga darjah enam. Saya juga ingin menjadi seorang guru untuk memberi kemahiran kepada semua pelajar untuk berbahasa Inggeris. Matapelajaran Bahasa Inggeris perlu dihafalkan untuk berkomunikasi dengan orang yang berada di luar negara. Jika kita memberi ilmu kepada orang lain, kita akan mendapat pahala. Kita perlulah mengetahui bahasa Inggeris untuk menyenangkan kita membaca buku Inggeris. Apabila saya sudah mahir saya akan menjadi guru Bahasa Inggeris. Apabila sudah tua, saya akan menjadi pengetua sekolah atau pensyarah seperti nenek.


------------------------------------------------------------------------------------



Jazmi,( 8+ tahun)
ST 1219 Jln Bidara Indah Utama,
Taman Bidara Indah,
78300 Masjid Tanah.
Melaka.

29.12.2009



CITA-CITA SAYA.


Maksud cita-cita ialah pekerjaan yang kita nak apabila sudah dewasa. Saya ada tiga cita-cita ialah doktor, guru dan kerja membuat komputer. Saua suka menjadi doktor kerana saya boleh merawat orang sakit. Suka menjadi doktor kerana mendapat cuit lebih. Saya hendak menjadi doktor kerana boleh mengajar orang akan menjadi sihat. Kalau saya menjadi guru saya akan mengajar murid-murid sehingga mereka pandai. Kalau muria-murid sangat nakal saya akan rotan dia. Kalau saya kerja membuat komputer saya membuat komkputer yang memakai tangan sahaja dan tulis pun sama.


---------------------------------------------------------------------------------

Hanif,( 7+ tahun)
MT 2901 Jln Taman Bandar Baru,
Masjid Tanah Utama,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

29.12.2009


CITA-CITA SAYA


Cita-cita saya nak jadi jurutera komputer. Kalau jadi jurutera komputer kita kena membuat sistem komputer yang palin hebat. Kita juga kena buat komputer dan membuat antivirus. Saya boleh buat server untuk tolong orang lain. Saya juga boleh membuat game. Saya juga boleh buka kedai komputer saya. Kalau saya dah kaya saya nak bagi semua duit saya saya nak bagi ke ibu bapa saya dan adik saya. Saya suka jadi jurutera komputer.

1 comment:

Anonymous said...

hahahahaha